Isnin, 8 April 2013

~✿ ALLAH is BIGGER than your problems~✿

Bila ALLAH sayang, ALLAH beri hati yang mengingatinya. Acapkali ALLAH uji untuk mengingatiNYA. Dan benarlah, di sebalik ujian, ada jannah di penghujungnya.

 Hidup ini adalah tanggungjawab kita. Justeru setiap masalah yang kita hadapi insyaAllah akan diberikan dengan kekuatan. Apabila diberi masalah, jom kita cari dan gali kekuatan dalam diri kita sendiri.
JADI, bagaimana kita nak lihat sesuatu masalah itu?

Kata seorang ahli falsafah, life is full of problem. Bermula dengan kelahiran, sehinggalah ke liang lahad.
Life is like an onion, you peel it layer by layer, sometime you cry. Tetapi Alhamdulillah, Islam itu indah. Lahirnya kita ke dunia ini bukanlah untuk ditimpakan dengan pelbagai masalah dan menderita. Islam ada solusinya~~

Dunia ini adalah negara bencana dan ujian. [Al-mulk : 02]. Orang beriman sinonim dengan ujian. Mana dalilnya? ~~ [Al-Ankabut : 2] . Dunia adalah medan untuk kita diuji. Apabila kita sanggup datang bererti kita sanggup pulang.



~✿ Sedari siapa kita yang diuji~✿
Kita adalah hambaNYa, maka kita ini ada kekurangannya. Jahil, miskin dan tidak sempurna. kenali siapa kita. Bila kita tahu, kita ini jahil, berdosa, maka kita akan sedar ,ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. "We cannot direct the wind, but we can adjust our sail". Di sisi ALLAH ada takdir, di sisi kita ada tadbir. takdir akan sentiasa mengatasi tadbir. jom kita tadbir hidup kita mengikut takdir ALLAh :-)






~✿Kenalilah ALLAH yang menguji kita~✿

Ujian yang ALLAH berikan hanyalah cubitan kasih daripada ALLAH. Jika seseorang itu merasai terpisah dari kasih, sayang ALLAH, ketika ditimpa musibah, orang itu pendek akal. Sebenarnya, dengan musibah itu, ALLAH seolah2 memaksa kita untuk mengingatiNYA. hati yang jauh dari ALLAH, adalah hati yang mati, maka ALLAH ingin hidupkan hati kita, sebagai tanda ALLAH sayang kita. ujian dan musibah itulah sebenarnya saluran untuk kita merintih kepada ALLAH. ALLAH bukannya kejam. ini kerana, ada pembukaaan-pembukaan hati kita tidak terbuka dengan ibadah, tetapi terbuka dengan musibah.





 
 ~✿Carilah tujuan di sebalik ujian   & Miliki hikmah di sebalik ujian ~✿ 

ALLAH tak akan uji kita lebih dari kesanggupan kita.  [2:248]tetapi dalam realitinya, kenapa kita diuji, sampaikan kita rasa tak sanggup untuk menghadapi ujian itu? sebenarnya, kita mampu menghadapi ujian itu. Dengan adanya ujian itu, kita akan menggunakan seluruh fikiran untuk menyelesaikan ujian tersebut. itulah cara ALLAH nak mendidik kita. Lembutnya Tarbiyah ALLAH kepada hambaNYA. Kegagalan itu adalah kejayaan yang ditangguhkan dan kegagalan adalah yuran kejayaan.  Bila ALLAH uji kita, carilah ALLAH dahulu. Jaga ALLAH, nescaya ALLAH akan jaga kita :-)






Bila kita ditimpa musibah, katakan kepada masalah kita, AKU PUNYA ALLAH YANG BESAR:). itulah talian hayat kita dengan ALLAH.  Peliharalah waktu solat kita dan bersandarlah kepada kekuatan ALLAH.
LET GO YOUR PROBLEMS & LET GOD SOLVE IT :-)

1 ulasan: